Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

Welcome to UiTM Kampus Puncak Alam

Majlis Penyerahan Bendera Sempena Hari Kebangsaan dan Penyerahan Kenderaan Baharu Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, Majlis Penyerahan Bendera Sempena Hari Kebangsaan dan Penyerahan Kenderaan Baharu Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

TARIKH   : 25 OGOS 2016 (KHAMIS)
MASA     : 8:00 AM - 10:00 AM
TEMPAT  : LOBI BANGUNAN FF1, PEJABAT REKTOR

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan dan menjayakan majlis seluruh warga kampus UiTM Cawangan Selangor (Pentadbiran , Akademik dan Pelajar) adalah dijemput hadir. Adalah dimohon kerjasama daripada Dekan-dekan Fakulti dan Ketua-ketua Pentadbiran untuk mewar-warkan jemputan ini kepada semua staf.

Simbolik penyerahan bendera kepada Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah Pengurusan Fasiliti dan ICT akan turut diadakan serta pelepasan konvoi bermotor.

Sokongan dan kerjasama warga kampus adalah diharapkan agar perjalanan majlis yang dirancang ini akan diadakan dengan lebih lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Page 1 of 25

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »