Bahagian HEP

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kampus Puncak Alam merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan menyediakan kemudahan seperti penginapan, sukan dan kebajikan pelajar. Dalam masa yang sama ianya berfungsi dalam membangunkan potensi diri pelajar supaya menjadi insan yang sepadu dengan unsur-unsur rohani, jasmani, emosi dan intelek seperti digaris oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana diketuai oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP) dan dibantu oleh kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan dan Profesional, Staf Sokongan I dan II.


Terdapat 8 unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).Unit-unit tersebut ialah :-

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Pengurusan Kolej
  • Unit Kesihatan
  • Unit Sukan
  • Unit Kaunseling
  • Unit Kokurikulum
  • Unit kebudayaan
  • Unit NR

VISI

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

MISI

Untuk mengukuhkan pembelajaran dan pendidikan ke arah melahirkan graduan yang serba boleh yang mempunyai nilai-nilai daya tahan dan daya juang yang tinggi, berilmu, beriman dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif.

OBJEKTIF
Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.

Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.


FUNGSI

- Menyelaraskan perhubungan pelajar-pelajar dengan pengurusan UiTM, Institusi-institusi     Pengajian Tinggi dan pertubuhan-pertubuhan luar.

- Menyelaraskan semua kegiatan pelajar sama ada yang dijalankan di dalam atau di luar UiTM.

- Menyediakan kemudahan penempatan dan makanan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di     kolej-kolej kediaman.

- Menyediakan kemudahan perkhidmatan perubatan kepada pelajar.

- Menyediakan kemudahan riadah di dalam kampus.

- Menyelaras bantuan kewangan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan dengan pelajar.

- Menjaga ketenteraman dalam kampus melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang-Undang     Malaysia Akta 174 Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

DR HAMZAH FANSURI HASSAN
TIMBALAN REKTOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM
03-3258 40
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it