Majlis Pelancaran Op Selamat 9/2016

 

Assalammua'laikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, Majlis Pelancaran Op Selamat 9/2016 sempena Hari Raya Aidilfitri akan di adakan di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Pelancaran majlis akan dilakukan oleh YDH IG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Sehubungan dengan itu, sewaktu majlis pelancaran seramai 100 orang penunggang motosikal diperlukan untuk menjayakan majlis pelancaran tersebut. Penunggang motosikal  seramai 100 orang yang terawal mendaftar untuk menyertai akan diberikan Vest Keselamatan, Cenderahati dan diberikan jam latihan sekiranya staf. Selain daripada itu juga, untuk staf dan pensyarah yang hadir bersama-sama menjayakan majlis pelancaran tersebut juga akan diberikan cenderahati dan jam latihan.

Bagi menjayakan majlis, dimohon kerjasama daripada semua Fakulti/Bahagian untuk menghantar pelajar dan staf bagi penunggang motosikal untuk meraikan majlis pelancaran. Senarai nama perlu dihantar kepada Pejabat Rektor, Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam atau email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it selewat-lewatnya pada 27 Jun 2016 sebelum jam 12:00 tgh.

Pameran booth juga akan diadakan daripada pihak PDRM dan TM di hadapan dalam dewan sewaktu majlis pelancaran di adakan.   Kerjasama warga UiTM Selangor bagi menjayakan majlis ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.