puncakalam.uitm.edu.my

Makluman Perlantikan Rektor Universiti Selangor dan Ucapan Tahniah

Y.Bhg.Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PELANTIKAN REKTOR UNIVERSITI SELANGOR & UCAPAN TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Prof. Dr Hj Zaini Abdullah yang telah dilantik sebagai Rektor Universiti Selangor. Makluman pelantikan baru beliau adalah seperti berikut:-

Y.Bhg Prof. Dr. Haji Zaini Abdullah
Rektor
Universiti Teknologi MARA (Selangor)
Mulai : 01 November 2015

Sehubungan dengan itu, sebarang alamat surat- menyurat hendaklah dialamatkan seperti di bawah:-

Rektor
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
SELANGOR

Kerjasama dipohon dari pihak Fakulti/Bahagian/Kampus Cawangan mengambil maklum perkara tersebut dalam semua urusan rasmi universiti.

Sekian, terima kasih.

Dari Meja Unit Komunikasi Korporat & Latihan

Alumni Homecoming 2015

Keputusan Pertandingan MASMED 1000 Pitching

Sukacita dimaklumkan, senarai nama-nama pemenang bagi Program MASMED 1000 Pitching Peringkat UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana yang telah diadakan pada Jun 2015.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga semangat dan usaha sebegini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MASMED 1000 PITCHING

PERINGKAT UITM KAMPUS PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA

Tempat Pertama: RM700
Tajuk: Potty Poop
Penasihat: Mr. Mohammed Hardy Loh Rahim/ MASMED /
Program : Bachelor Of Occupational Therapy (HS245)
Ahli Kumpulan: 1. Nurazieeda binti Shamsudin
2. Nurul Aishah binti Hasan
3. Nurul Farhanah binti Mat Koris
4. Siti Hajar binti Mohd Zaki
Tempat Kedua:

RM400

Tajuk : Ready-To-Eat (RTE) Rice Cooker
Penasihat : 1. Puan Zanariah bt Zainal Abidin/MASMED
2. Puan Noor Azura binti Dahalan /FBM
Program : Bachelor Of Occupational Therapy (HS245)
Ahli Kumpulan : 1. Mohd Azudin bin Azizan
2. Muhammad Husni bin Razman
3. Mohd Akif bin Mohd Radzi
4. Abu Talhah bin Ahmad Hisam
Tempat Ketiga : RM200
Tajuk : Parallax Art House Cinema
Penasihat: Puan Siti Hajar Aznam/Puncak Perdana/ FiTA
Program : Bachelor in Creative Technology (Hons) Animation & Screen Technology (FF227)
Ahli Kumpulan : 1. Mohd Akwa bin Mohd Ariffin
2. Muhammad Miqdam bin Abdul Adzis
3. Mohd Arif bin Kassim

SALAM AIDILFITRI 1436H: PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR, UITM KAMPUS PUNCAK ALAM

Perkhidmatan Kaunter bayaran Zakat Fitrah tahun 2015

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran Zakat Fitrah pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh    : 1 - 10 Julai 2015M/14 - 23 Ramadhan 1436H

Masa       : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat :  Pejabat Bahagian Hal Ehwal Islam, ACIS, Aras 4, Plaza Satelit B, Kampus Puncak Alam

Sekian harap maklum.

Page 4 of 6