puncakalam.uitm.edu.my

Iklan Ruang Niaga (Bazaar Ramadan)

 

Adalah dimaklumkan bahawa, UiTM Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Bazaar Ramadhan bagi tahun 2015. Oleh yang demikian, kepada peniaga-peniaga yang berminat untuk menyertai Bazar Ramadhan 2015 ini boleh memohon borang tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh

:

Mulai 11 Jun hingga 15 Jun 2015

Masa

:

8.30 pg – 4.30 ptg

Tempat

:

Unit Ruang Niaga

Pejabat Penolong Naib Canselor

Aras 4, Bangunan FF1

UiTM Kampus Puncak Alam

Borang juga boleh dimuat-turun dari laman sesawang UiTM Kampus Puncak Alam mulai 10 Jun 2015. Borang – borang yang telah lengkap diisi hendaklah di kembalikan semula di Pejabat Penolong Naib Canselor selewat-lewatnya pada 15 Jun 2015 (jam 4.30 ptg).

Jemputan Menyertai Pertandingan MASMED 1000 PITCHING & Bengkel Business Video Pitching

Pihak unit MASMED UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana ingin menjemput pensyarah bersama pelajar menyertai pertandingan MASMED 100O PITCHING. MASMED 1000 PITCHING merupakan pertandingan menyampaikan idea perniagaan melalui video dalam masa 3 minit dengan saiz tidak melebihi 20 MB yang mana setiap penyertaan mestilah terdiri dari pelajar (maksima 6 orang) dan pensyarah (maksima 2 orang). Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat Kampus

1st: RM700
2nd: RM400
3rd: RM200

Peringkat Kebangsaan

1st : RM5000 + sijil
2nd: RM3000 + sijil
3rd: RM1000 + sijil
Saguhati x 2 ; RM500

Borang penyertaan boleh didapati di sini ----> MASMED 1000 Pitching Registration Form

Video dan borang penyertaan yang lengkap hendaklah ke dihantar ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2015 (Jumaat).

Tahniah Pemenang Pertandingan Video Korporat

Tahniah di ucapkan kepada Fakulti Filem Teater dan Animasi diatas kejayaan pelajarnya yang telah berjaya  merangkul kesemua hadiah didalam pertandingan video korporat Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana yang bertemakan "Kelestarian Akal Dan Budi".

Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh YBhg Tan Sri Naib Canselor pada 10Mac 2015.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang berikut :

Tempat Pertama : Mohd Ferdaus b Hassan & Noor Ainamardia binti Samsuddin

Tempat Kedua : Muhammad Farhan bin Ramli & Nur Haniza binti Abdullah

Tempat Ketiga : Muhammad Aiman bin Ahmad & Ahmad Asyraf bin Ahmad Faiezzelan

 

Tahniah pasukan Angsana Highlanders menjuarai Piala UiTM di hatiku

Tahniah diucapkan kepada pasukan Angsana Highlanders Kampus UiTM Puncak Alam yang telah menjuarai Piala UiTM Di Hati Ku. Kemenangan ini diperolehi hasil tendangan penalti 4 - 2 ke atas pasukan NR City Shah Alam. Untuk makluman Piala UiTM DiHati Ku dulunya dikenali sebagai Piala Sumbangsih.

Piala dan pingat telah disampaikan oleh En. Adnan Omar, PPA Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana sebagai mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Semoga kejayaan ini memberi suntikan kepada kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.

Sekian untuk makluman. Terima Kasih

Pekeliling PNC - Arahan membawa dan meletak kenderaan kepada semua mahasiswa/mahasiswi yang tinggal di luar kampus UiTM Puncak Alam

Page 5 of 6