UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR

1.0     Pendahuluan

         Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM:MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.


 2.0     Latar Belakang

           Sebelum penubuhan UiTM Cawangan Selangor, terdapat dua kampus satelit yang telah pun wujud dibawah pentadbiran Pejabat Penolong Naib Canselor (Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana).

          UiTM Kampus Puncak Perdana ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai kampus satelit Shah Alam dengan dua buah fakulti yang menawarkan program pengajian akademik iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Filem, Teater & Animasi.

          Seterusnya, UiTM Kampus Puncak Alam pula memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua (2) buah fakulti dan sebuah pusat akademik, iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi.

          Sehingga 2016, UiTM Kampus Puncak Alam telah berkembang dengan pertambahan penempatan enam (6) lagi fakulti iaitu Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pendidikan serta sebahagian program dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur.

          Tadbir urus kampus berubah selaras dengan penubuhan UiTM Cawangan Selangor dengan pelantikan Rektor sebagai peneraju dan dibantu oleh tiga (3) orang Timbalan Rekor iaitu Timbalan Rektor Akademik, Penyelidikan dan Inovasi (API), Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE).

          Secara umum, UiTM Cawangan Selangor bertanggungjawab terhadap penyeliaan pentadbiran di lokasi-lokasi berikut: 

  1. Puncak Alam
  2. Puncak Perdana
  3. Dengkil

          Buat masa ini sebanyak lapan belas (18) buah fakulti dan tiga (3) buah pusat akademik berada di bawah pentadbiran UiTM Cawangan Selangor terdiri daripada:

 

KLUSTER

FAKULTI

LOKASI

Kejuruteraan

(4 fakulti)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan Awam

Shah Alam

(Seksyen 1)

Sains

(4 fakulti)

 

Fakulti Sains Gunaan

Fakulti Sains Komputer & Matematik Fakulti Sains Sukan & Rekreasi

Shah Alam

(Seksyen 1)

Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur

Shah Alam & beberapa program di Puncak Alam

Perniagaan

(4 fakulti)

Fakulti Perakaunan

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

 

Puncak Alam

 

Fakulti Pengurusan Maklumat

Puncak Perdana

Kesenian dan Kemanusiaan

(6 fakulti)

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

 

Shah Alam & beberapa program di Puncak Alam

Fakulti Filem, Teater &  Animasi

Fakulti Pendidikan

Fakulti Undang-undang

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media

Fakulti Muzik

Puncak Perdana

Puncak Alam

Shah Alam (Seksyen 1)

Shah Alam (Seksyen 1)

Shah Alam (Seksyen 17)

Pusat Akademik (3 buah)

Pusat Asasi

Akademi Pengajian Islam & Kontemporari

Akademi Pengajian Bahasa

Dengkil

Shah Alam (Seksyen 1)

Shah Alam (Seksyen 1)


 3.0     Objektif tadbir urus UiTM CAWANGAN SELANGOR

Tadbir urus UiTM Cawangan Selangor disediakan sejajar dengan objektif penubuhannya yang berintensifkan penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan penglibatan masyarakat. Ianya meliputi perkara seperti berikut: 

  1. Merangka dan melaksanakan strategi untuk memantapkan kualiti akademik serta hal ehwal penyelidikan dan inovasi.
  2. Pembangunan dan kepimpinan serta perkhidmatan, kemudahan dan kebajikan pelajar.
  3. Pengurusan jalinan hubungan industri, keusahawanan, entiti bisnes (SBU), ruang niaga, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan kebolehpasaran graduan.
  4. Menguruskan perancangan, pengambilan dan penempatan sumber manusia serta pembangunan modal insan UiTM Cawangan Selangor.
  5. Pengurusan pentadbiran dan keselamatan kampus.
  6. Pengurusan kewangan yang melibatkan perancangan kewangan, perolehan, penjanaan pendapatan dan perbelanjaan.
  7. Pengurusan rangkaian perkhidmatan perpustakaan dan aplikasi ICT serta teknologi di perpustakaan;
  8. Pengurusan dan pembangunan infrastrukur dan infostruktur kampus serta projek-projek Private Financing Initiatives (PFI) kampus.
  9. Pengurusan dan pentadbiran Pusat Asasi serta program akademik asasi.

Tadbir urus di atas adalah hasil dari percambahan idea dan perbincangan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat, melalui mesyuarat dan makmal tadbir urus.