Pejabat Bendahari diketuai oleh seorang Timbalan Bendahari Kanan dengan dibantu oleh empat orang (4) Penolong Bendahari Kanan serta 28 orang staf sokongan. Staf sokongan di Pejabat Bendahari adalah seperti berikut :

  • Seorang (1) Penolong Akauntan Kanan
  • TigaBelas (13) Penolong Akauntan
  • Seorang (1) Penyelenggara Stor Tertinggi
  • Tiga (3) Pembantu Tabdir Kewangan Kanan
  • Seorang (1) Penyelenggara Stor Kanan
  • Empat (4) Pembantu Tadbir Kewangan
  • Empat (4) Penyelenggara Stor
  • Seorang (1) Pembantu Am Pejabat 

Kesemua Dua Puluh Lapan (28) orang staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Pejabat Bendahari UiTM Kampus Puncak Alam.


MAKLUMAT KORPORAT

VISI

Membantu membina kecemerlangan warga UiTM Kampus Puncak Alam melalui perkongsian sumber.

MISI

Mengendalikan khidmat Pengurusan Kewangan dengan cekap, cepat, tepat, dan berintergriti selaras dengan akauntabiliti serta  Objektif dan Misi UiTM.

DASAR KUALITI

Melaksanakan sistem Pengurusan Kewangan secara profesional, cekap dan berkesan serta berintergriti  ke atas perancangan, pelaksanaan  dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti Untuk Semua, Akauntabiliti Bersama sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi inspirasi dan kepuasan pelanggan selaras dengan visi, misi dan dasar kualiti Universiti.

OBJEKTIF KUALITI

  • Menyediakan Perkhidmatan Kewangan secara telus , berintergriti dan berakauntabiliti  selaras dengan  Dasar dan Objektif Kualiti Pejabat Bendahari UiTM
  • Memastikan semua permohonan bekalan, perkhidmatan dan kerja diuruskan mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Bendahari dan pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan tuntutan pembekal, staf dan pelajar yang diterima daripada Pusat Tanggongjawab( Fakulti, Bahagian dan Unit) dapat dijelaskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Puncak Alam