Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam mula beroperasi pada 27 Julai 2009 di Tingkat 4 Bangunan Plaza Satelit B (PSB), bagi menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu di UiTM Kampus Puncak Alam khususnya. Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam, menyediakan perkhidmatan  dan koleksi khusus untuk

  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Teknologi Pengurusan Pejabat
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan warga UiTM amnya
  • Pusat Asasi
  • Dan warga UiTM amnya

PTAR Kampus Puncak Alam diketuai  oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dengan dibantu oleh seorang Pustakawan dan 15 orang staf sokongan seperti berikut :

  • Dua belas (12) Pembantu Perpustakaan
  • Seorang  (1) Pembantu Pemuliharaan
  • Seorang (1) Pembantu Penerbitan
  • Seorang  (1) Juruteknik Komputer

Pautan Ke Laman Web Perpustakaan  : http://library.puncakalam.uitm.edu.my

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

  • Koleksi Buku
  • Koleksi Majalah / Jurnal
  • Risalah
  • Suratkhabar
  • Penerbitan UiTM dan Kerajaan
  • Kertas Soalan Peperiksaan
  • Kaset
  • Cakera Liut
  • Cakera Padat

MISI DAN VISI PTAR

MISI
Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong Pembelajaran dan Penyelidikan dengan Penyampaian Perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

VISI
Menjadi perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

OBJEKTIF  PTAR

  • Menjadikan perpustakaan UiTM sebagai pusat maklumat cemerlang dari aspek perkhidmatan pelanggan.
  • Menjadikan perpustakaan UiTM cemerlang dari aspek kepelbagaian sumber ilmu yang terkini dan komprehensif, perkhidmatan dan kemudahan ICT yang mantap melalui penambahbaikan proses kerja dan keberkesanan kos.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya.
  • Membentuk staf perpustakaan yang berintergriti dan berakauntabiliti serta mempunyai jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha menjadikan staf perpustakaan berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka.
  • Mempertingkatkan keberkesanan pengagihan kos.
  • Mempertingkatkan keberkesanan penggunaan sumber-sumber (manusia, peralatan, sistem, koleksi dan ruang).

PIAGAM PELANGGAN PTAR

  • Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja  dari tarikh penerimaan.
  • Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2 minit.
  • Bahan segera (3 judul) siap di proses dan dihantar ke bahagian Perkhidmatan Pelanggan/ Bahagian Perpustakaan Fakulti dalam tempoh 2 hari bekerja.
  • Pinjaman dan Pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa 5 saat jika tiada masalah ICT.
  • Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna bagi setiap permohonan warga UiTM.

DASAR KUALITI

Perpustakaan UiTM komited mengurus dan memberi perkhidmatan perpustakaan secara profesional serta mengamalkan penambahbaikan berterusan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan peningkatan pinjaman bahan bercetak oleh pelanggan sebanyak 3% setahun.
  • Memastikan peningkatan penggunaan bahan elektronik oleh pelanggan sebanyak 3% setahun.
  • Meningkatkan penggunaan Portal PTAR oleh pengguna sebanyak 70% menjelang tahun 2010.
  • Meningkatkan kehadiran program pendidikan penguuna sebanyak 20% setahun.
  • Memastikan 80% staf mendapat 42 jam latihan setahun.
  • Meningkatkan penambahan bahan perpustakaan sebanyak 10% setahun.
  • Memastikan 80% bahan yang diterima siap “Release for Circulation”.