PENGENALAN

Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jatidiri mahasiswa melalui kepelbagaian budaya di dalam memupuk sikap dan toleransi yang tinggi kepada pelajar. Justeru itu, sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kesenian dan kebudayaan ini dikelolai oleh Unit Kebudayaan. Unit Kebudayaan ini telah beroperasi pada bulan Jun 2009 di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar seiring dengan penubuhan UiTM Kampus Puncak Alam. Berfungsi dalam mengendalikan segala aktiviti  kebudayaan dan kegiatan Kokurikulum kepada para mahasiswa. Staf Unit Kebudayaan terdiri daripada Artis Budaya Kanan dan Penolong Pegawai Kebudayaan sekaligus menyelaras semua tugas-tugas di bawah Unit Kebudayaan.

 

PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN

Unit Kebudayaan menawarkan perkhidmatan dan kemudahan seperti berikut :

  1. Pengurusan persembahan kebudayaan dan kesenian Universiti
  2. Persembahan kesenian dalam dan luar kampus
  3. Kemudahan tempahan Studio Anjung Seni ( Tarian ), Studio Laman Seni ( Drama ), Studio Lambang Sari ( Gamelan ) dan Studio Getaran Seni ( Muzik Akustik )  
  4. Khidmat nasihat kebudayaan dan memberi kerjasama kepada pelajar dan kakitangan dalam melaksanakan aktiviti kesenian dan kebudayaan
  5. Menyelaras dan menguruskan kelas-kelas  Kokurikulum Berkredit Komponen Kesenian & KebudayaanKlik untuk download --> Borang Tempahan Studio

 

Kokurikulum Kebudayaan yang ditawarkan :

  • HKB 112          -           Drama I
  • HKB 222          -           Drama II
  • HKB 113          -           Gamelan I
  • HKB 223          -           Gamelan II
  • HKB 115          -           Senitari Tradisi & Kreatif I
  • HKB 225          -           Senitari Tradisi & Kreatif II

 

VISI

Mempertingkatkan kecemerlangan dalam pencapaian sebuah organisasi yang berdaya saing  ke arah pembangunan dan pengembangan seni dan budaya.

 

MISI

  • Memelihara dan mengekalkan warisan negara melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus.
  • Membangunkan sahsiah dan jatidiri pelajar melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian
  • Memberi perkhidmatan yang berkualti ke arah menyemarakkan seni dan budaya kampus

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah mencapai matlamat wawasan negara
  • Menggalakkan eksperimen dan pengubahsuaian teknik dalam karya seni bertujuan membina daya kreativiti mahasiswa
  • Mencungkil dan mengenengahkan bakat serta kebolehan warga kampus dalam bidang kesenian dan kebudayaan

 

 MOTTO

‘KESANTUNAN MELALUI KOMUNIKASI’

 

FUNGSI

Unit Kebudayaan bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan kegiatan kebudayaan dan kesenian  serta menyediakan kemudahan yang kondusif kepada warga kampus di dalam aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian terutama kepada para mahasiswa dan juga staf.

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian  sama ada di dalam atau di luar kampus.
  • Menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif dalam memberi peluang kepada warga kampus memperkembangkan bakat mereka dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
  • Memberi latihan kepimpinan dan penggerak yang berkesan kepada mahasiswa sebagai medan manifestasi seni  di dalam usaha membangunkan warisan kesenian bangsa
  • Menjana perkembangan ilmu bagi memelihara nilai-nilai estetika kesenian dan kebudayaan dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni dan budaya