LATAR BELAKANG

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Puncak Alam telah mula beroperasi pada 1 Jun 2009. Lokasinya ialah di Aras 4 Plaza Satelit B bersebelahan dengan Pejabat Sekeretariat MPP dan juga CITU.  Ketika itu Unit ini diterajui oleh seorang Kaunselor Kanan dan di bawah pentadbiran Timbalan Pengarah Kampus HEP. Kini Unit Kerjaya dan Kaunseling diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai  Psikologi , seorang Pegawai Psikologi Kanan, dua orang Pegawai Psikologi dan seorang Pembantu Tadbir. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kampus HEP. Kedudukan Unit di Plaza Satelit B adalah untuk sementara kerana akan berpindah ke bangunan baru di bawah projek PFI. Bersesuaian dengan namanya, Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling serta melaksanakan program-program pembangunan bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik serta menepati ciri-ciri model graduan UiTM.

OBJEKTIF UNIT

  • Memperkembangkan perkhidmatan profesional Kerjaya dan Kaunseling untuk kepentingan dan keperluan mahasiswa/i, para graduan UiTM dan para majikan.
  • Mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya di kalangan mahasiswa/i menerusi peningkatan dan jalinan program serta aktiviti antara UiTM - Majikan.
  • Membantu pembangunan para graduan dan universiti melalui pelaksanaan kegiatan dan program yang menjana sumber kewangan.
  • Mewujudkan kerjasama dalam penempatan kerjaya graduan melalui jalinan perhubungan dengan majikan dan pihak industri bagi mempromosi graduan UiTM.

 

PERANAN DAN FUNGSI UNIT

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling adalah:

  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling / Bimbingan  Individu.
  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling kelompok/ Bimbingan Kelompok.
  • Perkhidmatan Konsultasi.
  • Penggunaan dan Interpretasi  Alat Ujian Psikologi.
  • Program Counseling dan Career Outreach.
  • Penyaluran Maklumat Kerjaya.
  • Program Khidmat Masyarakat.
  • Program-program Pembangunan Diri Kaunseling & Kerjaya.

WAKTU BERURUSAN

Isnin –Khamis

8.00pg – 1.00tgh
2.00ptg -5.00ptg

Jumaat

8.00pg-12.15tgh
2.45ptg-5.00ptg