PENGENALAN

Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pelajar UiTM. Ia juga dikenali sebagai Unit Kesihatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Unit Kesihatan ini mula beroperasi di 2 unit rumah banglo berkembar yang terletak diantara Kolej Kediaman Pelajar Rafflesia dan Kolej Kediaman Pelajar Angsana di Kampus Puncak Alam pada Julai 2009 bagi menampung bilangan pelajar di dalam dan luar kampus. Pada pertengahan tahun 2014, satu Unit Kesihatan lagi di bawah pembangunan projek PF1 dijangkakan akan siap untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.

Semasa ini Unit Kesihatan  di ketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 dengan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan UD47 serta  12 orang staf sokongan.  Staf sokongan di Unit Kesihatan adalah seperti berikut

  • Penolong Pegawai Perubatan U29 - 2 orang
  • Jururawat U29 - 4 orang
  • Penolong Pegawai Farmasi U29 - 1 orang
  • Juruteknologi Makmal Perubatan U29 - 1 orang
  • Jururawat Masyarakat U19 - 1 orang
  • Atendan Kesihatan U3 - 1 orang
  • Pemandu Ambulan R3 - 2 orang

Kesemua staf sokongan ini  merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Kesihatan  UiTM Kampus  Puncak Alam dalam memberi  rawatan kepada para pelanggan.

MAKLUMAT KORPORAT

VISI
Adalah untuk mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar Visi dan Misi Universiti Teknologi Mara dapat dicapai.

MISI
Adalah untuk melahirkan masyarakat Universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF UMUM
Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar dan kakitangan UiTM Kampus Puncak Alam selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF KUALITI

a) 90% pelanggan yang mendapat rawatan di Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
b) 95% pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan kesihatan diterima.

 

KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

1) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar berserta khidmat nasihat kesihatan sepanjang waktu pejabat.
2) Perkhidmatan Rawatan Kecemasan pada bila-bila masa sepanjang berada di kawasan Kampus Puncak Alam.
3) Perkhidmatan Ujian Makmal seperti ujian darah dan air kencing.
4) Perkhidmatan Ambulan kepada pelanggan terutama bagi kes-kes kecemasan, rawatan susulan / rujukan di klinik / Hospital kerajaan dan kemudahan ` standby’ dalam acara rasmi seperti karnival sukan.
5) Perkhidmatan Wad  Sementara ( Sickbay ) bagi merawat kes-kes kecemasan yang memerlukan pemerhatian lanjutan semasa rawatan diberikan dan persediaan sebelum pesakit dihantar ke hospital.
6) Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan bagi program ko-kurikulum pelajar.
7) Perkhidmatan Bantuan Perlindungan Perubatan ( medical Cover ) dalam acara rasmi UiTM Kampus Puncak Alam yang berisiko tinggi.
8) Perkhidmatan Pinjaman Peti Pertolongan Cemas ( first aid box ) dan Peralatan Alat Sokongan Kecederaan bagi yang memerlukan.
9) Perkhidmatan Pemeriksaan Permis Makanan bagi semua gerai makanan di dalam kampus secara berkala dengan kerjasama dari Pegawai Kesihatan dan Persekitaran, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.
10)Perkhidmatan Ceramah / Taklimat Kesihatan kepada warga UiTM yang memerlukan.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 

ISNIN HINGGA KHAMIS

08:00 pagi hingga 1:00 tengahari

02:00 petang hingga 5:00 petang

JUMAAT

08:00 tengahari hingga 12:15 tengahari

02:45 petang hingga 5:00 petang

SABTU AHAD

CUTI UMUM

 

TUTUP

Talian Kaunter Unit Kesihatan (waktu pejabat sahaja )    : 03-32584131

Talian Kecemasan Unit Kesihatan (waktu pejabat sahaja) : 03-32585999


AKTIVITI UNIT KESIHATAN 2013

1. JOM SIHAT DI PUNCAK

Merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan Kampus Puncak Alam dengan memberi pendedahan kesedaran kesihatan secara berterusan kepada kakitangan melalui senaman dan pendidikan kesihatan bermula pada bulan Mac 2012 sehingga Februari 2013.

2. KURSUS PEMULIHAN KARDIOPULMONARI (CPR)

Telah mengadakan satu kursus CPR pada 17-18 April 2013 bertempat di Bilik Serbaguna, Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia bagi semua kategori kakitangan UiTM Kampus Puncak Alam & puncak Perdana yang bertujuan melatih peserta menjadi 'First Responder' untuk kes kecemasan sebelum bantuan paramedic tiba ke tempat kejadian. 

3. FIGHT FOR PREVETION

Telah di adakan pada 11-13 Jun 2013 di Plaza Satelit B, UiTM Kampus Puncak Alam yang mempromosikan Pencegahan Denggi, Pencegahan Sexual Transmitted Diseas, Kanser Serviks dan Pencegahan (program pemvaksinan HPV), kepentingan penderma organ dan program pendermaan darah.

4. VAKSINASI HUMAN PAPILLOMA VIRUS PERCUMA (PELAJAR WANITA SAHAJA)

Unit Kesihatan sedang mengadakan suntikan vaksinasi HPV bagi pencegahan kanser serviks di kalangan pelajar IPTA bagi tahun kelahiran pelajar wanita bermula tahun 1993 sehingga tahun 1997 secara berperingkat. Program ini merupakan program kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (LPPKN) yang diberikan secar percuma.

5.  SUNTIKAN VAKSINASI HPV BAGI KAKITANGAN DAN PELAJAR (LELAKI & PEREMPUAN)

Unit Kesihatan juga sedang bekerjasama dengan syarikat pembekal vaksin bagi pencegahan Kanser Serviks dan penyakit Genital Wart dalam memberikan suntikan kepada kakitangan dan pelajar yang berminat. Kadar promosi yang dikenakan adalah sangat berpatutan berbanding dengan harga pasaran. Promosi ini akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.