PENGENALAN

Kursus – kursus kokurikulum UiTM adalah kursus universiti berkredit yang telah diperkenalkan sejak tahun 1976 yang bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahan bagi melahirkan graduan yang bersifat holistik dan cemerlang dengan kebolehpasaran yang tinggi. Ianya juga selari dengan agenda penting dasar pembangunan pelajar beteraskan kemahiran insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

KOKURIKULUM IALAH KURSUS UNIVERSITI

Perenggan 1.41, jadual 2, jadual 3 dan jadual 4. Pertaruan Akademik UiTM Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Pindaan 2010 ) menjelaskan bahawa kursus kokurikulum merupakan kokurikulum pengajian yang dikategorikan sebagai kursus universiti yang ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum didefinisikan sebagai kursus universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

PENGURUSAN KURSUS KOKURIKULUM UITM

  • Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM bertanggungjawab dalam pengendalian kursus – kursus kokurikulum.
  • Pusat kokurikulum dibantu oleh Unit Kokurikulum Kampus Cawangan UiTM bagi pengendalian kursus kokurikulum disemua kampus UiTM.
  • Institut Perkembangan Pendidikan UiTM (InED) dengan bantuan Pusat Kokurikulum dan Unit Kokurikulum kampus cawangan dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan kokurikulum disemua Koleh Bersekutu.

DASAR PELAKSANAAN KURSUS KOKURIKULUM UITM

  • Semua pelajar uitm sepenuh masa bagi pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dikehendaki mendaftar dan wajib lulus kursus kokurikulum dalam tempoh pengajian.
  • Pengecualian kredit boleh diberikan jika pelajar memenuhi kriteria dan syarat pengecualian kredit seperti yang ditetapkan oleh universiti.
  • Dasar pelaksanaan kokurikulum ini terpakai bagi seluruh sistem uitm termasuk disemua koleh bersekutu.
  • Semua kursus kokurikulum yang ditawarkan akan dinilai tahap pencapaian kemahiran insaniah pelajar.
  • Pencapaian Kemahiran Insaniah pelajar akan dimuatkan dalam sijil tamat kokurikulum.

PELAN PENGAJIAN DAN PILIHAN PILIHAN KURSUS KOKURIKULUM UITM

Semua kursus kokurikulum UiTM dibahagikan mengikut 8 teras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

8 teras kokurikulum adalah :

  • Keusahawanan
  • Daya usaha & inovasi
  • Kesukarelawanan
  • Kepimpinan
  • Sukan
  • Kebudayaan
  • Khidmat komuniti
  • Pengucapan awam

Semua program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dikehendaki mendaftar dan wajib lulus kursus Badan Beruniform pasa semester pertama mengikut garis panduan berikut :

  • Pelajar yang memilih Kesatria Negara 1 pada semester pertama :

               i.     Bebas memilih mana – mana kursus kokurikulum seterusnya pada semester kedua dan ketiga atau,

               ii.    Meneruskan kokurikulum dalam kesatria di semester kedua sehingga semester ketiga, atau,

               iii.   Meneruskan kokurikulum dalam kesatria sebagai komander kesatria di semester kedua hingga semester keenam.

  • Pelajar yang memilih kokurikulum badan beruniform pertahanan awam, kadet bomba, badan pertolongan cemas, kesatria kembara, dan kesatria brass band dikehendaki meneruskan kokurikulum yang sama pada semester kedua dan ketiga.
  • Pelajar yang memilih kokurikulum badan beruniform seperti sukarelawan polis (SUKSIS) , PALAPES Darat, PALAPES Laut, PALAPES Udara, dan Komander Kesatria dikehendaki meneruskan kokurikulum yang sama pada semester dua (2) hingga ke semester enam (6) untuk tujuan pentauliahan.

FUNGSI UNIT KOKURIKULUM

  • Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
  • Memberikan pendedahan mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
  • Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat – sifat murni seperti berdisplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk yang teguh dan padu.
  • Menerap nilai – nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa lapang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.