1. Pengenalan

Kolej Rafflesia dan Angsana merupakan kolej kediaman pertama didirikan bagi penempatan pelajar siswa dan siswi di UiTM Kampus Puncak Alam.

Kolej Rafflesia : Terdiri dari 6 buah Blok Apartment  dengan ketinggian 8 dan 10 tingkat serta di kenali sebagai Blok R1, R2, R3, R4, R5 dan R6. Keseluruhannya terdapat 360 buah rumah apartment 4 bilik di Kolej Rafflesia ini bagi penempatan seramai 2874 orang pelajar.

Kolej Angsana : Terdiri dari 5 buah Blok Apartment. Dikenali sebagai Blok A1, A2, A3, A4 dan A5. Blok Kolej setinggi 8, 10 dan 5 tingkat ini mempunyai 269 buah rumah apartment 4 bilik dengan kapasiti penempatan untuk seramai 2148 orang pelajar.

Kolej Rafflesia dan Angsana menerima penempatan pertamanya iaitu seramai 3811 pelajar siswa dan siswi pada 27 Jun, 2009. Bilangan pelajar merangkumi tiga fakulti utama serta Pusat Asasi iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Kesihatan,  Fakulti Farmasi, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan. Pelajar daripada Pusat Asasi terdiri daripada Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan.

2. PENGURUSAN KOLEJ RAFFLESIA DAN ANGSANA

Kolej Rafflesia/Angsana mempunyai staf yang terdiri daripada Pengurus Asrama Kanan, Pengurus Asrama, 1 orang Penolong Pengurus Asrama Kanan, 3 orang Penolong Pengurus Asrama, 1 orang Penyelia Asrama Kanan, 2 orang Penyelia Asrama dan 6 orang Pembantu Am Pejabat (PAP). Unit Pengurusan Kolej terletak di bangunan yang dikenali sebagai Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR).

3. DASAR DAN FUNGSI KOLEJ KEDIAMAN RAFFLESIA DAN ANGSANA
Kolej Rafflesia dan Angsana memainkan peranan penting melaksanakan fungsi-fungsi Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti:

1)    Menyediakan Kemudahan Penempatan
2)    Menyediakan Kemudahan Makanan
3)    Mengadakan Program-program Pembangunan Pelajar
4)    Menyediakan Perkhidmatan Kemudahan Pelajar dikolej

4. PERKHIDMATAN KEMUDAHAN PELAJAR YANG DISEDIAKAN DI KOLEJ :

•    Pegawai Pembangunan Pelajar
•    Bilik Pelajar
•    Bilik Bacaan
•    Bilik TV Setiap Blok dan KKPR dilengkapi ASTRO
•    Bilik Komputer
•    Dewan Serbaguna
•    Kafetaria/ ‘Food Court’
•    Koperasi/ ‘Mini Mart’
•    Kemudahan Rekreasi/ Riadah
      - Wakaf
      - Taman Tasik
      - Dataran Puncak Alam/ Padang Kawad
      - Laluan berbasikal
      - Trek larian/ jogging
      - Gimnasium Indoor dan Outdoor
      - Gelanggang Futsal
      - Gelanggang Bola Jaring
      - Ping Pong
      - Padang
      - Basikal
      - Memanah
•    Dobi 24 Jam (‘Self – service’)
•    ATM Bank Islam dan CIMB
•    Hot And Cold Water Dispenser
•    Surau Di Setiap Blok dan Ruang Solat Utama di Angsana
•    Tandas Awam
•    Rumah Tamu
•    Bilik Mesyuarat
•    Bilik Gerakan JPK/FELO
•    Penempatan Transit Dan Sewaan
•    Ruang letak kenderaan
•    WIFI Di KKPR dan KKPA
•    Internet di Setiap Bilik Pelajar
•    CELCOM Automated Prepaid Machine

5. PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK ALAM
Pelajar-pelajar yang ditawarkan kemudahan kolej adalah tertakluk kepada peraturan berdasarkan peruntukan di bawah Akta 174 Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan lain-lain peraturan yang telah dikeluarkan oleh Universiti Teknologi MARA dan juga kolej Kediaman. Pelanggaran atau ingkar akan mana-mana peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

A. PERATURAN KHUSUS
* Pelajar-pelajar dilarang berdua-duaan (berkenderaan atau tidak) dengan teman lelaki di kawasan Kolej Kediaman pada bila-bila masa dan atas tujuan apa sekalipun.
* Dilarang memiliki, membawa dan menghisap rokok di dalam kawasan kolej.
* Pelajar hendaklah menginap di bilik yang diperuntukkan kepadanya dan sebarang pertukaran bilik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pihak pengurusan kolej.
* Kad pelajar hendaklah sentiasa dipakai dan dipamerkan semasa berada di sekitar kolej.
* Pelajar –pelajar hendaklah berada di kolej sebelum jam 11.00 malam.
* Semua pelajar kolej dikehendaki menandatangi Ikrar Penghuni Kolej.
* Hendaklah sentiasa menghormati kakitangan kolej, Pegawai Pembangunan Pelajar, Pengawal Keselamatan Bertugas dan tetamu kolej.
* Dilarang keras membawa, memiliki, menyimpan dadah atau sebarang peralatan yang berkaitan dengannya
* Dilarang menggantung pakaian di tingkap, kerusi dan railing langsir.

B. SAHSIAH RUPA DIRI
* Pelajar-pelajar dilarang berpakaian yang ketat, jarang, berbelah kiri/kanan, pakaian yang boleh menimbulkan keghairahan, bertampal koyak, mempunyai perkataan yang membawa pengertian liar atau melanggar tatasusila bangsa, agama dan budaya.
* Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian mengikut sahsiah rupadiri pelajar UiTM sebaik sahaja keluar dari bilik penginapan masing-masing. Semua kawasan di kolej adalah dianggap kawasan awam kecuali di dalam rumah pelajar.

C. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN APARTMENT
* Apartment mestilah berada di dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.(termasuk siling dan kipas).
* Tidak dibenarkan menconteng, menampal dan memaku dinding.
* Dilarang menjemur pakaian di tingkap
* Kasut hendaklah disusun rapi dan kemas.
* Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.