Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan menyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan staf dan pelajar universiti. Penubuhan Unit Sukan bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Melalui program dan aktiviti sukan yang dirancang, unit sukan menyasarkan untuk melibatkan 80% staf dan pelajar universiti kampus aktif dalam kegiatan sukan.

Unit Sukan bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan yang disediakan untuk kegunaan staf dan pelajar ialah gymnasium, padang bola sepak dan ragbi, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola baling, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, gelanggang badminton, gelanggang silat dan taekwondo.

Unit Sukan menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan kepada semua pelajar dan staf yang ingin menggunakannya. Diantara kemudahan peralatan yang sedia adalah segala jenis bola, karom, tali tarik tali, basikal, memanah dan sebagainya.

Unit Sukan juga mengendali kelas ko-kokurikulum sukan bagi pelajar yang berminat dalam kegiatan sukan. Ko-kurikulum yang dikendalikan adalah seperti bola sepak dan bola jaring. Tujuan ko-kurikulum dijalankan supaya memberi pelajar peluang mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa yang terluang dengan lebih bermakna untuk tujuan diri, organisasi dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Unit Sukan bagi membantu pelajar dan staf untuk menunjukkan bakat. Diantaranya Sukan Staf, KARISMA, Sukan Antara Fakulti dan kejohanan-kejohanan luar. Dari sini, Unit sukan dapat mengenalpasti bakat pelajar dan staf untuk diserapkan ke Pasukan Elit Universiti dan menyertai kejohanan di Peringkat Negeri, Kebangsaan, SUKIPT dan MASUM.

Kemudahan Sukan

Unit Sukan bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan yang disediakan untuk kegunaan staf dan pelajar ialah

1)    gymnasium

2)    padang bola sepak dan ragbi

3)    gelanggang bola jaring,

4)    gelanggang bola keranjang

5)    gelanggang bola baling

6)    gelanggang bola tampar

7)    gelanggang sepak takraw

8)    gelanggang badminton

9)    gelanggang silat dan taekwondo