Assalammua'laikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, Kedai Latihan Pelajar-pelajar Program Pengurusan Peruncitan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah beroperasi di Aras 2, Bangunan Plaza Satelit B, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Butiran waktu perniagaan dan masa perniagaan beroperasi dilampirkan untuk makluman semua warga Kampus. Mohon war-warkan kepada staf, pelajar-pelajar di Bahagian / Fakulti YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan, untuk bersama-sama memberi sokongan terhadap usaha dan aktiviti pelajar-pelajar kita.

Sekian, terima kasih.

 

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, Majlis Penyerahan Bendera Sempena Hari Kebangsaan dan Penyerahan Kenderaan Baharu Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

TARIKH   : 25 OGOS 2016 (KHAMIS)
MASA     : 8:00 AM - 10:00 AM
TEMPAT  : LOBI BANGUNAN FF1, PEJABAT REKTOR

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan dan menjayakan majlis seluruh warga kampus UiTM Cawangan Selangor (Pentadbiran , Akademik dan Pelajar) adalah dijemput hadir. Adalah dimohon kerjasama daripada Dekan-dekan Fakulti dan Ketua-ketua Pentadbiran untuk mewar-warkan jemputan ini kepada semua staf.

Simbolik penyerahan bendera kepada Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah Pengurusan Fasiliti dan ICT akan turut diadakan serta pelepasan konvoi bermotor.

Sokongan dan kerjasama warga kampus adalah diharapkan agar perjalanan majlis yang dirancang ini akan diadakan dengan lebih lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Unit Latihan Pejabat PNC akan menganjurkan Wacana Isu Semasa 2015M / 1436H Siri 1 Peringkat Puncak Alam pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh            : 6 Mei 2015 M / 17 Rejab 1436 H  (Rabu)
Masa             : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat          : Dewan Anggerik Sari, Aras 3, Plaza Satelit B, Kampus Puncak Alam 
Penyertaan     : Warga staf yang berminat (terhad 100 orang sahaja)
Tajuk             : "Khilaf itu rahmat"

 

 

Tax Kiosk FACT akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 22-29 April 2015

Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : Aras 4 Bilik Perundingan Pejabat Penyelidikan & ICAN Fakulti Perakaunan